“Rancangan yang sangat baik, tapi boleh ke hedge fund ini jana $30 bilion menjelang tahun depan?”
Morgan Creek Digital (MCD), pengurus dana lindung nilai berpangkalan di North Carolina berhasrat melabur kira-kira $500 juta dalam firma peringkat awal yang menggabungkan kuasa Artificial Intelligence (AI) bersama teknologi blockchain dan cip yang dapat membuka kunci nilai daripada data.
Suka dimaklumkan MCD sedang mencari teknologi overlaps sektor seperti cip berprestasi tinggi yang boleh digunakan bagi mining BTC atau melatih model AI di data centers malah berhasrat mengembangkan jejak serantaunya melalui dana baharu itu.
MCD sudah pun berbincang bersama rakan kongsi, pelabur institusi serta pegawai korporat merentasi beberapa wilayah termasuk Eropah, Amerika Syarikat (AS), Timur Tengah, Afrika (EMEA) dan Asia-Pasifik (APC).
Menurut Mark Yusko, Rakan Kongsi Am MCD berkata bahawa pasukannya sungguh percaya wilayah EMEA dan APAC khususnya Timur Tengah akan menjadi peneraju teknologi masa depan disebabkan peningkatan pelaburannya dalam sektor AI serta blockchain.
Susulan MCD yakin negara APAC dapat menggandakan pelaburan dalam AI generatif manakala EMEA boleh melihat modal disuntik ke dalam sektor sama berkembang 40%, pengurus dana lindung nilai itu jangka mereka boleh tambah $30 bilion dalam pelaburan bersih baharu menjelang tahun depan.
Pengumuman terbaru MCD datang di tengah-tengah pasaran modal teroka kripto melantun semula ditambah pula terdapat pengumpulan dana lebih aktif berbanding tahun lepas terutamanya bagi firma peringkat awal.
Biarpun aliran modal teroka kripto memuncak pada suku pertama 2022, suku seterusnya melihat volum turun berturutan hingga suku pertama 2024 sementara angka suku kedua 2024 didapati lebih baik sungguhpun bilangan tawaran jatuh sedikit.
Dengan kenaikan harga dalam kripto dijangka berlaku pada tahun ini, pelabur mungkin mengalami fear of missing out (FOMO) dan persaingan utama yang boleh menyaksikan bilangan urus niaga dan jumlah diperoleh mampu melonjak lebih tinggi.