Pelabur mula berhati-hati menuju dagangan ke penghujung minggu apabila corak pergerakan mata wang utama mula menunjukkan perubahan arah.
US dolar kembali paparkan pemulihan di awal sesi New York semalam selepas bergerak lemah dari awal minggu susulan dipengaruhi bacaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan bacaan baik bagi sektor perkhidmatan pada Ogos.
Namun, momentum pengukuhan mula pudar ketika dagangan bergerak ke penghujung sesi.
Pasaran berwaspada menantikan bermulanya acara simposium Jackson Hole pada malam ini dengan tumpuan utama terarah kepada ucapan pembukaan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak bullish harga sebelum ini mula terbantut apabila penurunan berlaku semalam terkesan oleh data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang diterbitkan.
Data PMI bagi Jerman suram memberi tekanan kepada Euro sementara US dolar berjaya kukuh ketika data diterbitkan di sesi New York.
Harga telah susut kembali ke paras sasaran 1.11000 namun tidak melanjutkan penurunan lebih rendah apabila paparkan lantunan semula untuk menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Namun isyarat awal bagi perubahan trend bearish buatkan pelabur berjaga-jaga, dengan harga sudah mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Sekiranya penurunan harga dilanjutkan menembusi sokongan semada pada 1.11000, harga berisiko untuk mencecah sehingga sekitar 1.10000 semula.
Namun jika harga berjaya melonjak lebih kukuh selepas ini melepasi semula halangan MA50, harga masih berpotensi untuk menyambung kembali pergerakan bullish sebelum ini dan mengatasi ketinggian 1.11700 yang telah dicapai.
Sasaran seterusnya adalah untuk menuju zon 1.12000 sekiranya trend menaik harga diteruskan kembali.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW