Tiga syarikat peneraju dalam sektor web3 dan kecerdasan buatan memutuskan untuk bergabung bagi membawa perniagaan dan bidang ini ke persada leih tinggi dengan menggabungkan token kriptografi asli mereka menjadi satu.
Berdasarkan siaran akhbar yang berlegar, Fetch.AI, SingularityNET (SNET), dan Ocean Protocol akan menggabungkan token mereka, FET, AGIX, dan OCEAN, menjadi token kripto yang dinamakan ASI, dimiliki oleh Kolektif Superintelejensia. Ini secara tidak langsung akan membuatkan mereka menjadi salah satu pemain terbesar dalam penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan yang bersumber terbuka dan berdikari.
Fetch.AI adalah firma web3 yang membangun platform terdesentralisasi untuk melancarkan aplikasi kecerdasan buatan. SNET menyediakan pasaran kecerdasan buatan berdasarkan blockchain dan kerangka perkhidmatan kecerdasan buatan umum yang demokratik, inklusif, dan bermanfaat. Ocean Protocol, di sisi lain, adalah platform terdesentralisasi yang memelihara privasi untuk pertukaran data.
Pengabungan ini bertujuan untuk membawa kemajuan menuju AGI terdesentralisasi dan mencari langkah seterusnya dalam ASI. Mereka bercadang untuk mencipta alternatif kepada kawalan Big Tech atas pembangunan, penggunaan, dan monetisasi kecerdasan buatan.
Pengasas firma-firma tersebut, Humayun Sheikh, Ben Goertzel, Bruce Pon, dan Trent McConaghy, adalah pengguna awal kecerdasan buatan dan memberi tumpuan kepada menjadikan AGI suatu kenyataan. Mereka ingin bersama-sama mencipta infrastruktur kecerdasan buatan terdesentralisasi dan menarik pelaburan ke dalam AGI.
Tiga syarikat akan mengemukakan cadangan penggabungan token pada 27 Mac untuk tempoh pertimbangan 14 hari. Ahli komuniti akan mengundi dari 2 hingga 16 April.
Apabila cadangan diluluskan, FET akan menjadi ASI dengan bekalan keseluruhan 2.63 bilion token dan harga permulaan $2.82. AGIX akan migrasi ke ASI pada kadar penukaran 0.433350 ke 1, dan OCEAN akan melakukan perkara yang sama pada kadar 0.433226 ke 1. Akhirnya, ASI akan memiliki penilaian $7.5 bilion.