“Hmm spot BTC ETF dah diluluskan, tapi harga BTC macam tak excited je pun nak naik.”
Seluruh pasaran crypto pada pagi tadi menerima berita sangat menggembirakan apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) akhirnya meluluskan 11 permohonan spot Bitcoin (BTC) ETF dalam dokumen yang kini tidak boleh diakses di laman SEC.
Dunia perdagangan bersedia untuk kesan keputusan itu susulan Valkyrie Investments melakukan aliran masuk $200 juta hingga $400 juta ke dalam ETF sahaja, jadi di sini dapat dilihat pasaran kripto mungkin melihat aliran masuk $4 hingga $5 bilion.
Namun , VanEck meramalkan kenaikan $1 bilion akan berlaku dalam beberapa hari pertama kemudian raih $2.4 bilion manakala Galaxy Digital pula menjangkakan kemasukan $14 bilion pada tahun pertama and Bitwise $72 bilion dalam tempoh lima tahun.
Rentetan daripada fasa baharu itu, penerbit telah menyediakan pembiayaan awal where VanEck melabur $72.5 juta dalam ETF, Bitwise sebanyak $500,000, Pantera Capital pula menyatakan minat dalam pelaburan $200 juta and BlackRock $10 juta.
Fasa persediaan tersebut juga menyaksikan pertarungan kompetitif tentang bayaran susulan Bitwise ingin menawarkan yuran 0.2% while BlackRock mencadangkan 0.2% untuk tahun pertama atau sehingga dana mencapai $5 bilion dan selepas itu ia akan melaksanakan yuran 0.3%.
Memang tidak dinafikan pengawal selia AS sudah meluluskan penyenaraian dan perdagangan saham ETP BTC spot tertentu pada hari ini, tetapi Pengerusi SEC Gary Gensler yang tetap tidak menyokong BTC telah berkata pelabur harus berhati-hati tentang pelbagai risiko yang mungkin berlaku pada aset digital.
Like to be informed Chicago Board Options Exchange (CBOE) juga mengumumkan penyenaraian spot ETF sebelum kelulusan dan menyerlahkan bahawa dagangan akan dimulakan pada hari ini 11 Januari 2024.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.30% pada paras $46,751 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $916 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 9.24% sepanjang minggu lepas.