“Ingat BlackRock sokong Biden, rupanya ada kena mengena dengan Trump juga.”
Baru-baru ini terdapat spekulasi mengatakan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mungkin mempertimbangkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BlackRock Larry Fink bagi menjawat jawatan Setiausaha Perbendaharaan.
Memang tidak dinafikan, ada pihak pula yang mengatakan Trump berhasrat membawa CEO JPMorgan Chase bagi peranan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) tetapi beberapa penyokong kripto berpandangan Trump sebenarnya sangat hormati dan pernah bercakap dengan Fink.
Menerusi pemerhatian, BlackRock selama bertahun-tahun telah menguruskan portfolio kewangan Trump malah bekas Presiden AS itu memasukkan dananya ke dalam BlackRock Obsidian Fund yang disifatkan sebagai dana lindung nilai pelbagai strategi pendapatan tetap global.
Selain ingin pilih Fink disebabkan pendiriannya yang pro-Bitcoin (BTC), Trump pada masa sama mendedahkan rancangannya bagi tidak menggulingkan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell sebelum penggalnya tamat.
Biarpun perbincangan masih berterusan, saingan terbesar Trump dalam pilihan raya 2024 telah terkeluar daripada perlumbaan susulan Presiden AS Joe Biden secara rasminya mengumumkan tidak akan bertanding semula.
Sejurus selepas menarik diri daripada pilihan raya presiden AS, Biden mengesahkan Naib Presiden AS Kamala Harris sebagai calon Demokrat untuk pilihan raya akan datang ini telah memberi kekecewaan susulan ramai orang merasakan Hilary Clinton akan menjadi pilihan.