Donald Trump, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) yang mengaplikasikan strategi derma mata wang kripto akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mengumpul lebih $4 juta dalam aset digital daripada $100,000 pada 24 Jun 2024.
Menerusi pemerhatian, kebanyakan penyumbang memberikan Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan USD Coin (USDC), di mana lebih $2.15 juta dalam BTC datang daripada 19 penderma di 12 negeri.
Pemfailan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan menunjukkan derma tersebut turut mengandungi campuran memecoin dan dalam tempoh ini, jawatankuasa itu kumpul $120 juta dengan pembayaran secara tetap bagi kempen Trump.
Perlu diketahui Cameron dan Tyler Winklevoss, co-founder Gemini masing-masing juga sumbang 15.47 BTC bernilai $1 juta kepada kempen Trump tetapi mereka mendapat lebihan dipulangkan susulan sumbangan dibuatnya melebihi had undang-undang maksimum $844,600.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Kraken Jesse Powell melakukan sumbangan yang sama iaitu $1 juta dalam ETH malah merebut peluang meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan pendekatan pentadbiran AS semasa terhadap peraturan kripto.
Suka dimaklumkan pula sesungguhnya Ketua Pegawai Pembelajaran (CLO) Stuart Alderoty menderma $300,000 dalam XRP manakala bekas CEO Messari Ryan Selkis memberikan kira-kira $50,000 dalam USDC.
Umum mengetahui Trump masih dijadualkan untuk menghadiri dan bercakap pada Persidangan BTC akan datang dengan beliau juga sedang menuju ke Tennessee untuk menyampaikan ucaptama mengenai industri kripto.