“Haih Powell tak boleh ke cakap straightforward je, ni asyik cakap pusing-pusing.”
Pasaran kripto bersiap sedia menerima impak sama ada positif atau negatif apabila testimoni Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Washington D.C malam semalam memberitahu pemotongan kadar faedah bakal berlaku tahun ini tetapi tetap mengukur inflasi sebelum memutuskan pengurangannya.
Disebabkan kenyataan kurang jelas itu, data pekerjaan NFP pada Jumaat ini bakal berfungsi sebagai penunjuk utama dalam menentukan tindakan akan dilakukan Fed pada masa hadapan.
Perlu diselami Powell turut berkata ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak lagi memasuki fasa kemelesetan, bagaimanapun masih tidak diketahui bilakah Fed akan menurunkan kadar faedah dan menyokong pertumbuhan semasa.
Kebimbangan dalam komuniti kripto juga makin meningkat apabila Powell mengingatkan agar tidak melakukan sebarang garis masa berhubung pemotongan kadar faedah ketika menghampiri tahun pilihan raya presiden and Fed tidak mahu melonggarkan syarat kredit terlalu awal.
Jadi di sini dapat dilihat ucapan Powell tidak menyerlahkan sesuatu baru yang tidak dikeluarkan oleh Fed dalam minit mesyuaratnya susulan Fed tetap bersikap berhati-hati terhadap inflasi dan tidak akan tergesa-gesa menurunkan kadar faedah.
Ulasan itu telah menjejaskan sentimen pasaran kripto susulan sejak Disember lalu, terdapat keyakinan besar bahawa penurunan kadar faedah akan berlaku seawal Mac 2024 tetapi kini terdapat kebarangkalian 95% untuk Fed tidak melakukan pengurangan.
Oleh demikian, pelabur mungkin kekal dengan aset tradisional untuk sementara waktu memandangkan keputusan Fed untuk menangguhkan penurunan kadar faedah telah menyebabkan pasaran kripto sedang bersiap sedia berada dalam pergerakan turun naik.
Meskipun begitu, kuasa beli biasanya berterusan dalam ekonomi positif dan pelaburan berisiko lebih diutamakan, oleh itu pasaran kripto mungkin akan terus meningkat lebih tinggi tanpa mengira keputusan Fed.