Pegawai tertinggi Hamas menarik diri daripada rundingan senjata dengan Israel selepas serangan maut hujung minggu lepas di Gaza bagi menyasarkan ketua kumpulan, Mohammed Deif.
Namun, Izzat El-Reshiq yang merupakan ahli pejabat Hamas menuduh Israel cuba menggagalkan usaha pengantara Arab dan Amerika Syarikat untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dengan meningkatkan serangannya di kawasan itu.
Serangan pada Sabtu di Khan Younis, Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh. Situasi ini mendorong rundingan gencatan senjata semakin menuju ke arah keraguan.
Tanda-tanda untuk berlakunya keamanan sejak kebelakangan ini menghampiri titik pertemuan dengan Hamas rela untuk mengembalikan tebusan yang ditahan di Gaza.
Dua sumber keselamatan Mesir pada rundingan gencatan senjata di Doha dan Kaherah berkata pada hari Sabtu bahawa rundingan telah dihentikan selepas tiga hari rundingan sengit.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijangka akan bermesyuarat dengan menterinya pada hari Ahad ini untuk membincangkan keputusan lanjut.
Serangan pada hari Sabtu lepas yang menyasarkan Deif telah membunuh Rafa Salama, komander briged Hamas Khan Younis.
Ketua tentera Israel dalam kenyataannya bahawa Hamas menyembunyikan kebenaran tentang nasib Deif dan mereka tidak dapat mengesahkan sama ada dia masih hidup atau sudah mati.
Pada Ahad lepas, serangan udara dan darat ke atas beberapa kawasan di seluruh Semenanjung Gaza yang menempatkan 2.3 juta orang kebanyakannya telah kehilangan tempat tinggal akibat perang.