[Sponsored Article]
Laporan data pekerjaan yang telah dilaporkan pada Disember 2023 yang lalu, telah dilihat sebagai sebuah rumusan yang mengejutkan di mana laporan NFP telah meningkat sebanyak 216,000.
Ini berikutan pengambilan pekerjaan yang banyak telah dilaksanakan di dalam sektor awam, sektor kesihatan, dan juga sektor industri di negara itu.
“Trend” kadar pengangguran di negara itu dilihat kekal kukuh pada 3.7% manakala purata kadar upah (average earnings) dilihat telah meningkat sebanyak 0.4%.
Melangkah ke Januari 2024, corak pertumbuhan pasaran buruh di Amerika berpotensi dilihat merudum berbanding bulan sebelumnya.
Kami di Saracen Markets menjangkakan laporan data Nonfarm Payrolls (NFP) yang bakal diterbitkan pada malam ini bakal dilihat susut iaitu sebanyak 155,000 berbanding 216,000 pada bacaan sebelum ini.
Walaupun pola pertumbuhan pekerjaan telah dilihat baik sebelum ini, namun beberapa faktor baharu dilihat mampu memberikan tekanan terhadap pasaran buruh Januari 2024.
Sejak awal bulan ini hanya beberapa jumlah kecil sektor industri telah dilihat menambah bilangan tenaga pekerja. Selain itu juga pola pergerakan laporan data “initial jobless claims” dilihat telah meningkat sekaligus memberikan petanda bahawa terdapat cabaran bagi rakyat di negara itu di dalam mencari peluang pekerjaan baharu.
Justeru berikutan dengan itu, kami melihat laporan kadar pengangguran malam ini dijangka akan meningkat sebanyak 3.8% dan purata kadar upah (average earnings) dilihat sebanyak 0.3%.
Laporan data pekerjaan Januari 2024 yang bakal berlangsung pada malam ini dijangka akan memberikan impak yang lebih menyeluruh daripada biasa. Ini kerana, pertambahan laporan indikator baharu seperti tinjauan data semakan penanda aras terhadap bacaan NFP sebelum ini (NFP seasonal survey) dilihat mampu mewujudkan faktor ketidaktentuan penilaian data.
Tinjauan data baharu ini akan mula diguna pakai oleh biro kerajaan di negara itu bermula Januari 2024, di mana tinjauan data ini akan merangkumi data isi rumah dan pelarasan tahunan populasi penduduk di dalam menilai aras impak terhadap pasaran buruh.
Namun apa yang pasti laporan data pekerjaan pada malam ini dilihat akan menjadi penanda aras terhadap pemain pasaran mengenai masa dan pola pemotongan kadar faedah pada tahun ini.
Pada mesyuarat FOMC semalam, kadar faedah masih kekal di paras 5.25% – 5.50%. Pasaran telah melihat bahawa kenyataan yang telah diberikan adalah bersifat “Hawkish” terhadap Dollar Amerika apabila pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan insitusi tersebut tidak akan melaksanakan pemotongan kadar faedah sehinggalah kadar inflasi di negara itu berkurang ke paras 2%.
Selain itu juga, Powell turut juga menyatakan bahwa institusi itu tidak akan melaksanakan pemotongan kadar faedah pada perjumpaan FOMC Mac 2024.
Tarikh | Laporan Data | Pengeluaran | Jangkaan Pasaran | Jangkaan SARACEN | Prior Reading |
2-Feb | Nonfarm Payrolls | Jan | 180K | 155K | 216K |
2-Feb | Unemployment Rate | Jan | 3.80% | 3.80% | 3.70% |
2-Feb | Average Hourly Earnings (MoM) | Jan | 0.30% | 0.30% | 0.40% |
2-Feb | Factory Orders (MoM) | Dec | 0.40% | 0.20% | 2.60% |
Impak NFP Terhadap Dollar Amerika
Pengeluaran laporan NFP berjumlah 200,000 dan ke atas bersama kenaikan nilai bacaan laporan terhadap laporan inflasi gaji (wage inflation) mampu memberikan “boost” terhadap kenyataan “Hawkish” yang telah dikeluarkan oleh oleh Fed pada mesyuarat FOMC semalam.
Namun, Dollar Amerika dilihat akan berada di dalam tekanan sekiranya laporan NFP malam ini dilihat mengecewakan dan mampu mengembalikan harapan pelabur semula terhadap pelaksanaan pemotongan kadar faedah pada FOMC Mac 2024.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE