[Artikel Tajaan]
Data utama pekerjaan Amerika iaitu Nonfarm Payrolls (NFP) bakal diterbitkan pada malam ini jam 9.30 malam. Sejak awal minggu ini beberapa data pekerjaan utama telah diterbitkan dan rata-rata menunjukkan pasaran buruh di negara itu berada di dalam fasa “cooling labor market” dimana ia akan memberikan kesan penurunan terhadap bacaan inflasi di Amerika. Namun data pekerjaan yang bakal diterbitkan pada malam ini akan menjadi konklusi terhadap situasi pasaran buruh yang sebenar.
Data | Jangkaan | Sebelum |
Nonfarm Payrolls | 170,000 | 199,000 |
Unemployment Rate | 3.80% | 3.90% |
Wage inflation, Average Hourly Earnings, | 3.90% | 4% |
Pada mesyuarat FOMC Disember 2023 yang lalu, ahli komiti Fed telah memberikan gambaran bahawa pemotongan kadar faedah sebanyak 75 mata asas bakal dilaksanakan pada tahun ini. Namun persoalan yang bermain di pasaran adalah bilakah ia bakal dilaksanakan. Pada minggu terakhir Disember 2023, pasaran dilihat telah menjangkakan pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan pada Mac 2024, namun selepas pengeluaran minit mesyuarat FOMC baru-baru ini, Fed dilihat akan mengekalkan kadar faedah untuk tempoh yang lebih lama namun pemotongan kadar faedah bakal dilaksanakan sekaligus memadamkan jangkaan bahawa pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan pada Mac 2024 nanti. Oleh itu pengeluaran data pada malam ini amatlah penting di dalam mencari petunjuk baharu.
Impak NFP Terhadap Pasaran Malam Ini
Dolar Amerika bakal mencatatkan pengukuhan sekiranya NFP pada malam ini berjaya mencatatkan jumlah sebanyak 200,00 – 250,000 bacaan bersama bacaan data “Wage inflation” sebanyak 4.0% ke atas.
Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI