Sentimen pasaran merujuk kepada perasaan umum pelabur terhadap keadaan semasa pasaran kewangan.
Sentimen ini boleh bersifat Risk-On atau Risk-Off, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi, laporan kewangan syarikat, perubahan dasar monetari, dan peristiwa global.
Risk-On merujuk kepada keadaan di mana pasaran berada dalam keadaan selamat atau stabil. Pelabur akan mula mencari aset yang berisiko untuk dapatkan pulangan tinggi (high-return).
Pada waktu ini aset-aset yang berisiko akan mendapat permintaan seperti saham dan komoditi.
Mata wang dengan kadar faedah tinggi seperti dolar Australia dan New Zealand akan menjadi pilih pedagang ketika sentimen risk-on.
Risk-Off pula keadaan di mana pasaran berada dalam keadaan berisiko dan tidak stabil yang boleh menyebabkan kerugian kepada para pelabur.
Dalam keadaan berisiko, pelabur akan mula mencari aset yang lebih selamat dan mempunyai pulangan yang rendah atau dianggap sebagai safe haven.
Aset-aset safe haven akan mendapat permintaan yang tinggi ketika ini seperti bon dan emas.
Mata wang safe-haven seperti CHF, JPY dan USD menjadi tarikan ketika suasana pasaran berisiko.
Walaubagaimanapun, sentimen pasaran ini tidak bersifat lama kerana faktor dinamik pasaran yang sentiasa berubah-ubah berdasarkan keadaan ekonomi semasa.