Dalam satu pertemuan di Mar-a-Lago, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilaporkan mencadangkan kepada Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, agar Kanada menjadi negeri ke-51 jika ia tidak dapat menyelesaikan isu perdagangan dan imigresen.
Ini berikutan ancaman Trump untuk mengenakan tarif tinggi ke atas barangan Kanada akibat kebimbangan mengenai imigresen haram dan penyeludupan dadah.
Trump, yang terkenal dengan pendekatannya yang langsung, memberi amaran kepada Trudeau bahawa tarif 25% akan dikenakan ke atas semua produk Kanada jika isu ini tidak ditangani sebelum beliau mengambil alih jawatan.
Trudeau membalas bahawa tarif tersebut akan memusnahkan ekonomi Kanada.
Namun, dalam nada separuh serius, separuh gurauan, Trump mencadangkan kepada Trudeau agar Kanada mungkin patut menyertai AS sebagai sebuah negeri dengan Trudeau sebagai gabenornya, mungkin?
Walaupun perbincangan tersebut dilaporkan berjalan dalam situasi yang mesra dan produktif, kedua-dua presiden Trump dan Trudeau tidak memberikan sebarang komen mengenai perbualan tersebut.
Agaknya, Trudeau sekadar senyum dan menggelengkan kepala, atau mungkin sedang berfikir, “Hmm, Negeri ke-51? Macam ok, macam tak!”