Calon presiden terpilih, Donald Trump menentang rang undang-undang pembiayaan kerajaan sementara yang dibangkitkan Republikan iaitu bertentangan dengan kempen Elon Musk serta bantahan ini bakal mencetuskan kembali ‘Government Shutdown’.
Trump menentang resolusi yang dikemukakan oleh Speaker Dewan Rakyat Republikan, Mike Johnson yang mampu membantu kerajaan terkini berjalan sehingga bulan Mac tahun 2025.
Calon Timbalan Presiden, JD Vance mengeluarkan kenyataan bahawa ahli politik harus berfikir panjang sebelum meluluskan rang undang-undang bagi menghalang kerajaan terkini memanfaatkan dana yang mereka mahu.
Beliau juga mencadangkan pembiayaan tersebut harus disalurkan kepada para petani, bantuan bencana dan menyokong pembangunan negara pada 2025.
Walau bagaimanapun, antara cadangan lain adalah melakukan bil pembiayaan sementara dan peningkatan siling hutang tanpa berniatkan ia sebagai dana ‘hadiah’ selepas menganggapnya satu pengkhianatan ke atas negara.
Dalam sumber lain, Musk menegaskan bahawa tiada rang undang-undang yang harus diluluskan oleh Kongres sehinggalah Donald Trump naik sebagai Presiden AS pada tanggal 20 Januari 2025.
Rang undang-undang itu termasuk lebih daripada $100 bilion dalam pembiayaan bantuan bencana bertujuan untuk menangani taufan dahsyat yang melanda negeri termasuk Florida dan Carolina Utara awal tahun ini.
Namun, Joe Biden tidak memberikan apa-apa respon berkenaan bantahan tersebut kerana beliau sibuk menghabiskan hari-harinya bersama keluarga.