Donald Trump mencadangkan Amerika Syarikat (AS) perlu mengambil semula kawalan ke atas Terusan Panama.
Beliau menuduh Panama mengenakan “bayaran yang tidak adil” untuk menggunakan laluan air tersebut dan memberi amaran tentang potensi pengaruh China di rantau itu.
Trump menggelar terusan itu sebagai “Terusan Amerika Syarikat” dalam catatan media sosial, berkongsi imej bendera Amerika yang berkibar di atas air.
Bercakap pada acara konservatif, beliau berkata, “Kami memberikan terusan kepada Panama, tetapi jika mereka tidak menghormati perjanjian itu, kami akan mengambilnya kembali-dengan cepat dan tanpa persoalan!”
Terusan Panama, penting untuk perdagangan global, dibina oleh AS tetapi diserahkan kepada Panama pada tahun 1999 selepas beberapa siri perjanjian.
Presiden Panama Jose Raul Mulino dengan tegas bertindak balas, mengisytiharkan kedaulatan Panama “tidak boleh dirunding.”
Beliau menafikan sebarang kawalan China ke atas terusan itu, dengan menyatakan bayarannya adalah adil dan penting untuk pemeliharaannya.
Trump ingin meluaskan pengaruh AS demi faktor keselamatan, beliau juga mencadangkan untuk menguasai Greenland.
Walau bagaimanapun, pakar menjangkakan agar sukar untuk Trump berbuat sedemikian kerana terdapat undang-undang antarabangsa yang yang perlu dipatuhi.