[Artikel Tajaan]
Data inflasi Amerika telah mengukuhkan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve, dengan hasil Perbendaharaan kekal stabil selepas penurunan ketara.
Prospek sentimen kadar faedah yang lebih rendah menyebabkan hasil perbendaharaan 10 tahun turun tujuh mata asas kepada 4.21% dalam sesi sebelumnya. Presiden Fed Chicago, Austan Goolsbee, menyatakan data CPI sebagai “cemerlang” dan menyatakan bahawa ia akan memberikan keyakinan bahawa bank pusat FED berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran inflasi 2%.
Sementara itu, yen mengalami “votaliti” pada sesi dagangan hari ini apabila Bank of Japan menjalankan pemeriksaan kadar dengan pedagang, tindakan itu dilihat telah mengukuhkan kepercayaan pemain pasaran bahawa pihak berkuasa BOJ dilihat telah melaksanakan campur tangan di pasaran (intervention) pada hari Khamis semalam yang bertujuan untuk menyokong mata wang tersebut. Campur tangan ini menunjukkan komitmen BOJ untuk mengekalkan kestabilan pasaran.
Di pasaran komoditi, harga emas di India menurun, dengan kadar per gram jatuh kepada 6,465.21 Rupee India (INR) daripada INR 6,485.48 pada hari Khamis. Harga per tola menurun kepada INR 75,408.89 daripada INR 75,645.38.
Harga emas XAU/USD juga mengalami perubahan awal pada sesi dagangan Asia hari ini, emas dilihat menguji paras $2,400 selepas mencapai paras tertinggi dua bulan $2,425 pada hari Khamis.
Pedagang kini memberi tumpuan kepada laporan data Indeks Harga Pengeluar (PPI) Amerika pada malam ini dan risiko kemungkinan campur tangan pasaran forex oleh Bank Pusat Jepun, dijangka boleh mempengaruhi pergerakan harga emas seterusnya.
Pemulihan dalam dolar Amerika boleh melanjutkan penurunan untuk emas, akan tetapi pemain pasaran tetap berhati-hati menjelang laporan PPI dan Sentimen Pengguna Michigan serta Jangkaan Inflasi awal pada malam ini, yang boleh memperbaharui tekanan jualan pada dolar dan mencetuskan lonjakan baru dalam harga emas.
Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI