[Sponsored Article]
Dolar AS dilihat kembali stabil pada sesi dagangan semalam, selepas didagangkan lemah selama tiga sesi berturut-turut, apabila pemain pasaran kini tertumpu kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell, di simposium Jackson Hole yang dijadualkan berlangsung pada hari jumat ini.
Pasaran indeks Dolar Spot dilihat telah meningkat sedikit selepas penurunan baru-baru ini, ia sekaligus mentafsirkan bahawa sentimen pasaran yang berjaga-jaga sementara menanti penjelasan kenyataan terhadap pendirian Fed mengenai pemotongan kadar faedah.
Ucapan Powell dijangka bakal memberikan kenyataan penting mengenai masa dan tempoh yang tepat menegenai pemotongan kadar.
Selain itu juga, pemain pasaran turut dilihat akan memberikan perhatian terhadap laporan semakan penanda aras gaji AS pada minggu yang akan datang dan juga data tinjauan pekerja bulan Ogos, di mana ia dilihat mampu mencabar pasaran buruh AS yang dilihat kukuh pada ketika ini.
Di sisi lain, hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun kekal stabil selepas penurunan enam mata asas baru-baru ini, manakala harga minyak mentah Brent telah jatuh untuk hari ketiga berturut-turut di tengah pergolakan mengenai berlakunya kemungkinan gencatan senjata di Gaza.
Selain itu juga, kebimbangan pemain pasaran yang semakin meningkat terhadap permintaan global turut juga memberikan tekanan terhadap pasaran minyak mentah. Sementara itu, harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu semalam, berikutan permintaan emas yang berterusan untuk aset perlindungan dalam suasana ketidakpastian ekonomi dan tekanan geopolitik.
Penganalisis di SARACEN MARKETS menasihatkan supaya berhati-hati mengenai kemungkinan kenaikan pasaran saham AS dalam jangka pendek diikuti oleh fasa “correction” yang besar dalam tempoh Ogos-Oktober.
Kita sedang memasuki jangka masa di mana kemungkinan berlakunya peristiwa kecairan “liquidity” terhadap pasaran manakala kedudukan pedagang yang direkodkan di “futures markets”, dan sentimen kelihatan semakin rapuh. Kami mengesyaki dan berpendapat bahawa ‘bull trap’ mungkin akan berlaku, walau bagaimanapun kami berharap pendapat ini hanyalah spekulasi.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE