Firma kewangan, RAM Ratings melaporkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2024 akan berada pada 4.5% hingga 5.5% bagi menyaksikan momentum pertumbuhan suku pertama yang kukuh dan diteruskan pada separuh tahun kedua.
Jangkaan pada 2025, RAM mempunyai ramalan pertumbuhan KDNK pada 4.0% hingga 5.0% di saat Malaysia beralih ke fasa pertumbuhan yang lebih stabil selepas alami pergolakan ekonomi global sejak beberapa tahun.
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 5.1% pada separuh pertama 2024 dengan KDNK meningkat daripada 4.2% pada suku pertama dan 5.9% pada suku kedua.
Walau bagaimanapun, potensi pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 bakal memberi cabaran besar dan melembapkan pertumbuhan penggunaan swasta akibat tekanan harga yang tidak diingini.
Kesannya yang berterusan dan bantuan kewangan isi rumah yang berpendapatan rendah akan menimbulkan kegusaran dalam aliran ekonomi tempatan.
Selain itu, konflik geopolitik yang meningkat terutamanya ketegangan AS-China yang semakin meningkat dan kemungkinan gangguan perdagangan global sebagai kebimbangan utama terhadap prospek ekonomi Malaysia.
Pertumbuhan Malaysia yang baik daripada jangkaan pada separuh pertama 2024 terutamanya pada suku kedua didorong oleh penggunaan swasta yang kukuh dan pemulihan dalam eksport hasil manfaat daripada kitaran teknologi global.