Ketara penurunan harga berlaku pada carta pasangan mata wang USD/JPY pada minggu ini hingga harga susut ke paras terendah terbaru 4 minggu.
Penyusutan US dolar yang berterusan sejak awal minggu mendorong US dolar didagangkan lebih lemah berbanding Yen walaupun kekurangan pemangkin terhadap mata wang Jepun itu.
Kebimbangan terhadap prestasi US dolar terus meningkat dengan jangkaan gelora akan berterusan menuju sehingga ke penghujung minggu apabila pelabur menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Namun, terlebih dahulu memberi tekanan kepada US dolar semalam adalah ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Washington DC berkenaan hala tuju dasar monetari bank pusat.
Menurut Powell, Fed berada pada landasannya untuk penurunan kadar faedah dilaksanakan pada tahun ini.
Walaupun tidak memberi isyarat tempoh tindakan tersebut akan dibuat, namun cukup untuk mencetuskan jualan besar-besaran ke atas pegangan US dolar.
Pada carta USD/JPY, harga dilihat susut dari awal minggu di bawah paras kritikal 150.00 dan mengatasi paras yang dicecah minggu lalu.
Selepas mencecah paras 149.100 di sesi New York, harga menyambung penurunan lebih rendah hari ini dengan paras semasa yang dicatatkan setakat awal sesi Eropah petang ini adalah di sekitar 128.200.
Momentum yang dipaparkan menunjukkan harga akan meneruskan penurunan lebih rendah pada sesi-sesi berikutnya.
Sasaran dijangka harga untuk mencecah sekitar 127.00 dan tidak mustahil ke paras lebih rendah daripada itu.
Untuk jangkaan peningkatan harga semula, harga berkemungkinan boleh pulih semula menuju ke zon 150.00.
Zon tersebut berpotensi menjadi rintangan buat harga dengan reaksi menarik di sekitar tersebut akan dijangkakan.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG