Pengukuhan US dolar nampaknya masih diteruskan pada pembukaan dagangan awal minggu ini setelah bacaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru mengiringi angka positif pekerjaan dan inflasi sebelum ini.
Data jualan runcit untuk bulan Mac diterbitkan di sesi New York semalam dengan bacaan memberangsangkan sekaligus terus menyuntik kekuatan ke atas US dolar.
Namun pergerakan harga pada carta-carta utama dilihat tidak begitu ketara di awal minggu, namun masih bergerak pada trend minggu lalu susulan pasaran berwaspada memerhati perkembangan perang Iran-Israel.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat menyambung penurunan sehingga ke sesi Asia pagi ini (Selasa) selepas data diterbitkan semalam menyokong prestasi US dolar untuk kekal kukuh.
Trend kekal bearish dengan pergerakan harga terus berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Penurunan perlahan diteruskan di sesi Asia dilihat menghampiri zon tumpuan 1.06000 untuk pelabur perhatikan reaksi harga yang bakal ditunjukkan untuk menilai pergerakan harga selanjutnya.
Jika harga tembus lebih rendah ke bawah, penurunan harga dijangka akan dilanjutkan menuju sasaran berikutnya yang berada pada sekitar 1.05000 pula.
Namun, sekiranya berlaku lantunan semula selepas ini, harga berkemungkinan naik ke paras 1.07000 semula.
Melepasi halangan MA50 boleh memberi isyarat awal sebagai pertukaran trend dan faktor-faktor semasa dalam pasaran akan diperhatikan bagi menyokong pergerakan tersebut.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW