- USD kekal stabil berbanding kebanyakan mata wan utama kecuali Yen
- Data PMI bakal pengaruhi pasaran hari ini
- BOC dijangka turunkan kadar faedah 25 mata asas
US dolar dilihat masih lagi mengekalkan prestasi dagangan yang baik berbanding kebanyakan mata wang utama kecuali Yen.
Yen mengekalkan pengukuhan beberapa sesi berbanding US dolar disokong oleh pegawai politik Jepun berkenaan normalisasi polisi monetari, menambahkan tekanan kepada bank pusat Jepun (BOJ) untuk menaikkan lagi kadar faedah bagi menyokong pemulihan Yen.
US dolar kekal stabil, namun pelabur tetap berhati-hati menantikan petunjuk terbaru yang akan hadir pada minggu ini menerusi data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan indeks harga PCE yang bakal mempengaruhi hala tuju dasar monetari bank pusat.
Federal Reserve (Fed) dilihat sedang berada pada landasan untuk melaksanakan pelonggaran dasar susulan isyarat dovish dari Pengerusi Jerome Powell pada minggu lalu yang mengatakan bank pusat tidak perlu menunggu sehingga inflasi turun ke paras 2%.
Pasaran akan mengetahui jawapan yang lebih jelas pada mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Perkembangan mata wang utama yang lain, Euro dan Pound didagangkan susut sejak awal minggu dengan tumpuan akan terarah pada terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk Jerman dan UK pada sesi Eropah sebentar lagi.
Dolar Kanada pula dijangka bergelora pada sesi New York yang akan dipacu oleh reaksi keputusan mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC).
BOC dijangka untuk menurunkan lagi kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.25% selepas menjadi bank pusat yang terawal memulakan langkah pelonggaran dasar itu pada Jun lalu.