Jangkaan untuk pelonggaran dasar monetari yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) kembali meningkat dalam pasaran pada awal minggu ini sekaligus memberi kesan penyusutan ke atas US dolar.
Indikator CME FedWatch menunjukkan peratusan lebih 60% untuk pemotongan 50 mata asas sementara 40% untuk 25 mata asas.
Walaupun ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan minggu lalu menurun, US dolar tidak terus melemah sebaliknya menguat seketika sebaik sahaja data diterbitkan.
Namun, menuju penutup minggu dan menyambung pembukaan awal minggu ini, US dolar kembali bergerak pada landasannya untuk melemah menuju mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah meneruskan corak kenaikan pada awal minggu semalam setelah pada minggu lalu turun hampiri zon support 1.10000.
Kenaikan harga di penutup minggu terhalang di paras 1.11000, namun pada kenaikan diteruskan semalam, harga telah berjaya melepasi rintangan itu sebelum mencapai ketinggian sekitar 1.11300.
Pergerakan harga mendatar sekitar tersebut di sesi New York semalam bersambung ke awal sesi Asia pagi ini.
Kenaikan harga dijangka diteruskan sekiranya US dolar kekal melemah selain isyarat bullish harga yang masih bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.
Kenaikan lebih tinggi bakal mengatasi paras yang dicapai ketika reaksi data NFP minggu sebelum ini sekitar 1.11500 sebelum meneruskan kenaikan menuju sasaran zon 1.12000.
Namun, amaran bagi penurunan harga akan tercetus semula sekiranya harga mula susut di bawah paras 1.11000 dan turut melepasi sokongan MA50.
Penurunan harga bakal dijangkakan untuk menuju semula zon support 1.10000 yang diuji pada minggu lepas.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG