US dolar mengekalkan pengukuhannya di pembukaan awal minggu ini selepas pulih pada penutup dagangan minggu lalu impak laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan.
Di sesi New York semalam, data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM turut catatkan bacaan yang meningkat lebih baik berbanding ramalan untuk bulan Januari, menunjukkan ekonomi AS masih berkembang dengan baik pada awal 2024 ini.
Justeru, unjuran terhadap langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) semakin rendah dan kembali memberi kelebihan kepada mata wang US dolar dalam pasaran.
Dapat dilihat pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga terus menjunam ke paras terendah terbaru 9 minggu.
Selepas terjunan harga pada Jumaat lalu ketika reaksi data NFP, harga jatuh di bawah zon 1.08000.
Penurunan diteruskan semalam hingga harga mencecah sekitar 1.07230 dengan pergerakan pada trend bearish melihatkan harga masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Penurunan lebih rendah bakal dijangka akan diteruskan lagi selepas ini untuk menguji paras support 1.07000.
Mencecah paras itu akan membuatkan harga catatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 12 minggu.
Namun jika harga menunjukkan kenaikan semula, zon 1.08000 dilihat bakal diuji sebagai rintangan terhampir yang sebelum ini menjadi tumpuan harga.
Melepasi zon tersebut akan memberi isyarat untuk perubahan trend semula sebelum kenaikan diteruskan menuju zon 1.09000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW