“Hmm maksudnya akan ada bank yang bankrap lagi ke?”
Para pemain besar terbesar dalam industri perbankan Amerika Syarikat (AS) seperti JPMorgan Chase, Bank of America, Wells Fargo dan Citigroup semakin mendapat tekanan setelah diancam oleh sejumlah besar pinjaman lapuk (bad loans)* yang kian meningkat.
*Pinjaman daripada bank yang tidak membayar faedah melebihi 90 hari dikenali sebagai Pinjaman Lapuk atau Aset Tidak Berbayar (NPA)
Dilaporkan oleh penganalisis Bloomberg, pinjaman tidak berbayar atau pinjaman kepada penghutang yang tidak melakukan pembayaran selama lebih 90 hari telah mendaki $24.4 bilion pada suku terakhir 2023 untuk keempat-empat bank itu.
Rentetan angka itu mewakili peningkatan $6 bilion tahun ke tahun, perolehan bank susut dalam tiga bulan terakhir 2023 disebabkan pinjaman tidak dibayar plus lonjakan kos deposit yang berpunca daripada kadar faedah lebih tinggi.
Bank-bank kini sedang mengambil beberapa langkah penjimatan kos untuk menangani iklim perniagaan baharu di mana Citigroup menangani pemberhentian dan perbelanjaan manakala Wells Fargo mengetepikan $1 bilion untuk pakej pemecatan.
Sungguhpun terdapat peningkatan dalam pinjaman lapuk, bank terbesar di AS memberi isyarat bahawa mereka menjangkakan peralihan arah aliran melalui pengurangan jumlah peruntukan modal yang diketepikannya untuk pinjaman tidak berbayar pada masa hadapan.
Menurut Desmond Lachman, bekas Timbalan Pengarah di IMF berkata bank serantau juga berada dalam kedudukan tidak menentu susulan kira-kira 18% daripada portfolio pinjamannya dalam industri komersial yang bermasalah.
Senario itu mungkin menyebabkan pemilik hartanah komersial mula memungkiri pinjamannya menjelang tahun depan dan ini akan jadi berita yang sangat buruk untuk bank kecil dan sederhana.