“Lepas untung berjuta-juta, trader nak beli lagi sejumlah BONK? Yakin betul dia ni.”
Para pelabur kaya yang berjaya menghasilkan berjuta-juta dagangan dalam memecoin berasaskan Solana (SOL) dipanggil Bonk (BONK) secara tiba-tiba menunjukkan keyakinan semula pada saingan Dogecoin (DOGE).
Menurut laporan firma penjejakan blockchain Lookonchain, pedagang yang menjana keuntungan $6.9 juta dalam BONK telah bertindak sekali lagi membelanjakan 386 SOL bernilai $40,000 bagi membeli 3.29 bilion memecoin itu.
Suka dimaklumkan pedagang itu mengeluarkan kos 6,998 SOL berharga $276,000 bagi membeli lebih 371.4 bilion BONK dalam tempoh sembilan bulan, kemudian beliau jual separuh daripada BONK semasa harganya melihat kenaikan.
Not only that, whales juga membuat pergerakan besar dalam Bitcoin Wrapped (WBTC) susulan menjual sejumlah 355 WBTC bernilai 15.9 juta USDT semasa harganya berada pada $44,875 untuk mendapatkan $5.6 juta.
Sementara satu lagi whale turut mengumpul hampir 400 WBTC, di mana ia yang membeli WBTC secara on-chain telah membelanjakan kira-kira 18.25 USDC untuk membeli 391 WBTC pada minggu semasa ketika harganya didagangkan pada $46,689.
Menerusi pemerhatian, BONK perlu menembusi $0.000020 terlebih dahulu untuk mencapai sekali lagi pada $0.000035 namun jika gagal maka harganya mampu turun semula pada $0.000009 atau $0.0000007.
Sehingga berita ini ditulis, harga BONK masih mencatatkan penyusutan sebanyak 4.40% pada paras $0.000015 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $977 juta tetapi masih naik 26.16% sepanjang minggu lepas manakala WBTC naik 0.96% pada $46,497 dalam masa 24 jam terakhir.