Corak penurunan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu semalam tampak terbantut ekoran pengukuhan US dolar yang gagal diteruskan.
Pada Jumaat lalu, US dolar ketara kukuh ketika reaksi laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) paparkan bacaan yang memberangsangkan untuk bulan Mei, sekaligus menjangkakan pengukuhan dilanjutkan pada minggu ini.
Namun, sebaliknya yang berlaku apabila US dolar bergerak suram berkemungkinan pasaran dalam mod berwaspada menantikan petunjuk lebih utama buat Federal Reserve (Fed) iaitu data inflasi AS pada Rabu nanti.
Dan pada awal pagi Khamis pula, tumpuan akan terarah kepada mesyuarat FOMC yang terbaru bagi edisi Jun 2024.
Sementara untuk mata wang Pound, pelabur perlu mengawasi laporan pekerjaan UK di sesi Eropah sebelum perhatikan diberikan pada data pertumbuhan ekonomi UK pada Rabu.
Jika diperhati carta GBP/USD, pada Jumaat lalu harga seuda menjunam dari zon rintangan 1.28000.
Di awal minggu ini, penurunan perlahan harga berjaya mencecah zon tumpuan 1.27000 yang sebelum ini menjadi sokongan buat harga.
Namun, penurunan lebih rendah tidak berlaku apabila zon tersebut sekali lagi melantunkan harga naik semula di sesi New York semalam.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini sekitar patas 1.27300 dan dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang akan dinilai untuk pergerakan selanjutnya.
Sekiranya harga membuat penurunan semula, zon sokongan 1.27000 akan sekali lagi diuji untuk ditembusi selepas beberapa minggu berjaya menahan kejatuhan harga.
Selepas zon tersebut ditembusi, penurunan harga dijangka akan dilanjutkan menuju pula sekitar 1.26000.
Namun jika sebaliknya harga membuat kenaikan melepasi halangan MA50, ada kemungkinan untuk pendakian lebih tinggi harga untuk berlaku.
Seterusnya, zon rintangan pada 1.28000 akan menjadi tumpuan untuk diuji lagi sebelum harga catatkan paras ketinggian yang baru.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW