Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada minggu lepas telah mencatatkan kenaikan mingguan sekitar 300 pips menunjukkan corak bullish.
Situasi didorong oleh penyusutan US dolar sehingga ke penghujung minggu walaupun data inflasi Amerika Syarikat (AS) hadir dengan bacaan yang meningkat pada Januari.
Sementara, Pound cemerlang meningkat dengan sokongan data pertumbuhan ekonomi UK yang hadir dengan bacaan positif untuk suku terakhir 2024.
Tumpuan pada minggu ini terarah pula kepada data inflasi dan pekerjaan UK yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang Britain itu.
Jika diperhatikan, kenaikan harga dari awal minggu lalu telah melepasi beberapa paras penting iaitu 1.24000, 1.25000 dan akhirnya mencapai zon rintangan 1.26000 di penghujung minggu.
Ketinggian baharu berjaya dicatatkan di paras 1.26300 sebelum harga berundur semula di bawah 1.26000 untuk menutup dagangan sesi terakhir minggu tersebut.
Harga mendatar perlahan di bawah 1.26000 sepanjang sesi Asia pagi ini untuk pembukaan awal minggu, namun pergerakan harga yang kekal di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu masih menunjukkan isyarat bullish.
Sekiranya harga terus dipacu naik di atas 1.26000, corak pada minggu lalu akan diteruskan dengan kenaikan selanjutnya dijangka menuju 1.27000.
Kali terakhir harga didagangkan di paras itu adalah pada pertengahan Disember lalu sebelum kejatuhan dipaparkan sehingga dagangan Januari.
Sementara, untuk jangkaan bagi perubahan arah semula jika berlaku pada minggu ini, penurunan dari paras 1.26000 bakal menghampiri sekitar 1.25000.
Seterusnya, 1.24000 pula akan jadi sasaran pada penurunan yang dilanjutkan harga.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.