Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
SELASA (11 Mac 2025)
Data Pekerjaan JOLTS (10.00 Malam) – Jumlah tawaran pekerjaan yang dibuka di Amerika pada Disember telah catatkan penurunan kepada 7.6 juta. Bacaan bagi bulan Januari dianggarkan tidak banyak berubah, sedikit meningkat kepada 7.71 juta.
RABU (12 Mac 2025)
Data Indeks Harga Pengguna AS (8.30 Malam) – Selepas data pekerjaan, Federal Reserve akan meneliti panduan seterusnya menerusi data inflasi pengguna Amerika. Ramalan inflasi tahunan pada Februari kembali menurun kepada 2.9% daripada 3.0% peningkatan sebelum ini.
Mesyuarat Polisi BOC (9.45 Malam) – Bank pusat Kanada dijangka masih tidak akan menghentikan pelonggaran dasar mereka. Kadar faedah terbaru dijangka diturunkan lagi 25 mata asas daripada 3.00% kepada 2.75%.
KHAMIS (13 Mac 2025)
Data Indeks Harga Pengeluar AS (8.30 Malam) – Selain inflasi pengguna, pasaran juga bakal menilai perubahan harga barang di peringkat pengeluar. Ramalan data bulanan bagi Februari sedikit menurun daripada 0.4% kepada 0.3% manakala bacaan teras diramal kekal pada 0.3%.
JUMAAT (14 Mac 2025)
Data KDNK UK (3.00 Petang) – Pertumbuhan bulanan ekonomi Britain dijangka merosot pada Januari dengan penurunan bacaan kepada 0.1% daripada lonjakan 0.4% bulan sebelumnya.
Data Sentimen Pengguna AS (10.00 Malam) – Pada penutup dagangan minggu ini, sentimen keyakinan pengguna Amerika akan dinilai pada laporan tinjauan oleh Universiti Michigan. Angka bacaan yang diramalkan semakin menurun akan memberi gambaran perbelanjaan dan aktiviti ekonomi yang lemah.