Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
SELASA (21 Januari 2024)
Data Pekerjaan UK (3.00 Petang) – Sektor buruh di UK akan dinilai berdasarkan laporan terbaru yang akan diterbitkan pada minggu ini untuk persediaan menjelang mesyuarat bank pusat England di awal Februari nanti.
Data Inflasi Kanada (9.30 Malam)– Ketika bank pusat Kanada bertindak agresif dalam pelonggaran dasar monetari dengan pemotongan 50 mata asas kadar faedah Disember lalu, inflasi di Kanada pula dijangka akan semakin menguncup pada laporan terbaru.
KHAMIS (23 Januari 2024)
Data Jualan Runcit Kanada (9.30 Malam) – Kadar jualan runcit untuk November diramalkan suram dengan angka yang lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.
JUMAAT (24 Januari 2024)
Mesyuarat Polisi BOJ (Sesi Asia) – Bakal pengaruhi pergerakan mata wang Yen minggu ini, bank pusat Jepun dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas setelah mengekalkan di paras 0.25% sejak September lalu.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Jerman (4.30 Petang) – Menuju dagangan ke penghujung bulan, sektor pembuatan dan perkhidmatan akan dinilai. Bacaan bagi Jerman sebagai ekonomi terbesar Eropah dijangka tidak menunjukkan banyak perubahan berbanding Disember.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (5.30 Petang) – Ramalan untuk bacaan PMI bagi kedua-dua sektor di UK adalah lebih perlahan untuk Januari. Perkhidmatan dijangka masih kekal bertahan di atas paras 50 mata.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (10.45 Malam) – Sektor pembuatan dan perkhidmatan di Amerika akan diperhatikan yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang USD di penutup minggu ini.