Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
ISNIN (3 Februari 2025)
PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (11.00 Malam) – Penilaian kesihatan ekonomi semasa AS ditinjau pada sektor pembuatan untuk bulan Januari. Angka terbaru dijangka tidak berubah seperti bulan sebelumnya, kekal di bawah paras 50 mata.
SELASA (4 Februari 2025)
Data Pekerjaan JOLTS (11.00 Malam) – Tawaran pekerjaan yang dibuka di AS pada Disember lalu diramal lebih perlahan kepada 7.88 juta berbanding peningkatan kepada 8.1 juta bulan sebelumnya.
RABU (5 Februari 2025)
Data Pekerjaan ADP AS (9.15 Malam) – Menjadi petunjuk awal untuk laporan pekerjaan di AS, data yang mengukur pekerjaan swasta ini akan diperhatikan terlebih dahulu. Ramalan untuk pertambahan pada Januari adalah lebih tinggi dari bulan sebelumnya, dijangka sekitar 149,000.
PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (11.00 Malam) – Sektor bukan pembuatan di AS terus dijangka kekal berkembang di atas paras 50 mata, sedikit meningkatan untuk ramalan bagi Januari.
KHAMIS (6 Februari 2025)
Mesyuarat Polisi BOE (8.00 Malam) – Bank of England dijangka menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.50%. Undian ahli MPC juga akan diperhatikan untuk pasaran menilai kecenderungan majoriti terhadap kadar faedah bank pusat.
JUMAAT (7 Februari 2025)
Data Pekerjaan Kanada (9.30 Malam) – Sektor buruh di Kanada sedang diperhatikan dalam tekanan. Pertambahan pekerjaan pada Januari dijangka kembali perlahan sekitar 26,500 selepas lonjakan 90,900 pada bulan sebelumnya. Manakala kadar pengangguran diramal meningkat dari 6.7% kepada 6.8%.
Data Pekerjaan NFP AS (9.30 Malam) – Berbanding pertambahan sebanyak 256,000 pada Disember, angka NFP untuk Januari dijangka rendah pada 154,000. Kadar pengangguran diramal kekal pada 4.1%.