Amazon merancang untuk membuang 14,000 pekerjanya yang akan melibatkan pelbagai jabatan dalam syarikat tersebut dan antaranya ialah pekerja dalam Perkhidmatan Web Amazon (AWS), runcit dan sumber manusia.
Tindakan tersebut adalah disebabkan perancangan Amazon yang ingin lebih cekap dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan automasi, pada masa yang sama syarikat tersebut juga ingin mengurangkan kos dan menambah baik operasi mereka.
Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Andy Jassy memberi jaminan bahawa Amazon akan membantu pekerja yang terjejas dengan menyediakan sokongan kewangan dan bantuan dalam mencari pekerjaan baru.
Kebanyakan pakar berpendapat bahawa langkah ini adalah trend dalam industri teknologi di mana kebanyakan syarikat akan lebih bergantung kepada teknologi berbanding tenaga manusia.