Permintaan Amerika Syarikat yang kukuh buat emas telah mengambil bullion daripada beberapa negara di saat pasaran cuba menyimpannya sebagai aset selamat menjelang penetapan tarif Presiden Donald Trump ke atas Mexico dan Kanada.
Pengarah Penyelidikan BullionVault, Adrian Ash berkata peti besi New York mendapat banyak kelebihan dalam tarikan emas.
Lebih 600 tan atau 20 juta auns emas telah diangkut ke dalam bilik kebal New York sejak Disember tahun lepas berdasarkan laporan Majlis Emas Dunia (WGC). Namun, jongkong emas tersebut bukanlah hak milik sepenuhnya Amerika Syarikat dan ia akan dimanfaatkan jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
Walau bagaimanapun, Donald Trump mengumumkan ancaman tarif ke atas emas telah menyebabkan bank-bank pusat, pelabur dan pemain pasaran dengan segera mengalihkan logam kuning tersebut keluar dari New York bagi mengelakkan risiko tinggi.
Sementara itu, Trump baru-baru ini mengisytiharkan bahawa mengenakan tarif AS ke atas import dari Mexico dan Kanada akan diteruskan selepas penangguhan pelaksanaannya tamat selama sebulan iaitu minggu hadapan.
Terdapat kebimbangan yang tersembunyi bahawa tarif yang lebih luas juga akan digunakan di UK dan Switzerland yang juga merupakan hab emas fizikal yang besar.
Menurut data OEC World, Kanada dan Mexico adalah antara pengeksport emas terbesar ke Amerika Syarikat.
AS mengimport emas paling banyak dari Kanada diikuti oleh Switzerland, Colombia, Mexico dan Afrika Selatan.
Sejak kemenangan Trump, harga emas AS melonjak positif mengatasi rakan sejawatan antarabangsa mereka dan membuka peluang negara asing mengalihkan simpanan mereka ke Amerika Syarikat.