Sel Suria dari Malaysia yang dieksport ke Amerika Syarikat (AS), Kemboja, Thailand dan Vietnam akan dikenakan duti anti lambakan yang tinggi.
Kadar Malaysia melibatkan duti anti lambakan dan timbal balas (CVD) merupakan yang terendah pada 8.59% berbanding empat negara Asia Tenggara lain.
Sementara itu, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa syarikat-syarikat di Kemboja, Malaysia, Vietnam dan Thailand menerima subsidi daripada China.
Situasi ini merupakan antara siasatan subsidi balas (CVD) pertama di mana jabatan tersebut mengesahkan kewujudan subsidi rentas negara.
Keputusan akan dibuat susulan siasatan terhadap aduan oleh American Alliance for Solar Manufacturing Trade Committee mendakwa pengeluar China mengelak tarif AS dengan menghantar produk solar melalui Kemboja, Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Namun demikian, AS juga memutuskan untuk mengenakan import sel fotovoltaik dengan margin lambakan menerusi 271.28% kepada Vietnam, 125.37% untuk Kemboja dan 111.45% ke atas Thailand.
Secara keseluruhan, negara Malaysia telah mengeksport produk solar bernilai AS$1.9 bilion (RM8.31 bilion) ke AS pada 2023 sementara menerima subsidi purata kadar timbal adalah 34.41%.