Dagangan emas berlegar di paras ketinggian 5 minggu selepas peningkatan harga yang cemerlang pada minggu lalu.
Walaupun data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan telah mengukuhkan US dolar, namun harga emas berjaya menyerap tekanan.
Data jualan runcit AS yang menyusul dengan bacaan angka yang lemah membuka ruang untuk emas terus menawan zon harga $2,700.
Corak bullish bagi emas dipaparkan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, diperhatikan oleh pelabur.
Selepas harga berjaya melepasi paras 2700.00, harga mencapai ketinggian pada 2720.00 untuk kembali menguji rintangan sama yang turut diuji pada Disember tahun lalu.
Namun menuju dagangan ke penghujung minggu, harga mula berundur sedikit di sesi-sesi akhir di bawah paras 2700.00 semula.
Pergerakan harga kekal berlegar di sekitar itu ketika menyambung dagangan di pembukaan awal minggu ini.
Kenaikan harga dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu untuk memberikan petunjuk penting.
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi halangan MA50 dan seterusnya mengatasi paras minggu lalu, corak pergerakan bullish emas akan diteruskan.
Harga akan catatkan paras tertinggi terbaru 11 minggu dengan sasaran terhampir pada ketinggian sekitar 2750.00.
Namun, jika harga menjunam jatuh semula, zon 2670.00 akan kembali dihampiri semula dan bakal diuji.
Gagal untuk melantun semula, harga yang tembus lebih rendah ke bawah berisiko untuk menuju semula sehingga 2600.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.