Harga emas semakin meluncur jatuh ke bawah menuju dagangan ke penghujung minggu ini setelah berundur dari paras puncaknya sebelum ini.
Penurunan harga yang diteruskan sehingga hari ini (Jumaat) menunjukkan penurunan hari keempat berturut-turut yang dimulakan pada Selasa lalu.
Pelabur meneliti pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar untuk menutup Februari ini yang semakin suram.
Penurunan harga sebelum ini dilihat cuba bertahan di paras 2900.00 yang kemudiannya menyambung penurunan lebih rendah semalam.
Seperti dijangka, harga singgah di zon RBS (resistance become support) 2880.00 yang merupakan zon tumpuan beberapa minggu sebelum ini.
Berlegar di sekitar itu pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga melanjutkan penurunan ke paras terendah terbaru 3 minggu mencecah sekitar 2860.00 setakat jam 4 petang.
Harga emas semakin cenderung untuk susut semula menuju sehingga ke zon 2800.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan awal Februari lalu.
Namun jika situasi berubah pada sesi-sesi akhir minggu ini, kenaikan semula harga akan menguji zon 2800.00 semula.
Seterusnya, paras 2900.00 akan menjadi halangan berikutnya untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi sebelum mencetuskan isyarat bearish semula.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK