Setelah alami kejatuhan di pembukaan awal minggu, dagangan emas pada Selasa semalam tampak mendatar dalam julat harga yang kecil.
Berlaku turun naik harga yang perlahan dengan emas juga dipengaruhi oleh perubahan pada mata wang US dolar susulan reaksi data yang diterbitkan.
Kenaikan lebih tinggi dilihat pada hari ini (Rabu) berbanding paras semalam ketika tumpuan pasaran kini sedang terarah kepada data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini.
Memerhatikan pergerakan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga berlegar di antara julat 2677.00 hingga 2660.00 semalam.
Meneliti pergerakan harga hari ini pula, kenaikan berjaya dipaparkan dari paras 2670.00 sehingga melepasi paras 2690.00 ketika dagangan beranjak ke awal sesi Eropah.
Isyarat bullish diperhatikan dengan pergerakan harga yang berada di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan dilihat akan menguji rintangan pada ketinggian dicapai penghujung minggu lalu sekitar 2697.00.
Seterusnya, harga emas bakal menuju semula zon 2700.00-2720.00 yang menjadi rintangan penting diuji pada dagangan November dan Disember lalu.
Namun jika harga berubah membuat penurunan semula, susut di bawah zon 2670.00 akan memberi petanda untuk penurunan lebih rendah bakal dilanjutkan.
Selepas menunjukkan isyarat bearish, harga berisiko untuk jatuh semula menjunam ke zon 2600.00 seperti diuji di penghujung Disember lalu.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.