Berbeza berbanding corak positif dipaparkan minggu lalu, emas pada awal minggu ini menunjukkan kejatuhan harga semula.
Perubahan pada sentimen pasaran semasa mempengaruhi pergerakan mata wang US dolar yang turut memacu dagangan emas semalam.
Tumpuan pasaran terarah kepada kemunculan aplikasi AI China, DeepSeek yang telah mencetuskan ancaman kepada aplikasi dan platform di Amerika Syarikat (AS).
DeepSeek bukan sahaja memberi kesan terhadap pasaran mata wang, malah saham, komoditi dan kripto juga turut terlihat impak yang ketara.
Pelabur memerhati pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Pada penghujung minggu lalu, harga telah mencapai ketinggian 2785.00 yang menghampiri rekod tertinggi sepanjang masa dicatatkan pada Oktober 2024 lalu.
Di pembukaan sesi Asia semalam, harga menunjukkan terjunan dari paras 2770.00 mencecah sekitar 2750.00 sebelum di sesi Eropah melantun semula ke paras 2770.00.
Paras 2770.00 menjadi rintangan baru menyaksikan terjunan lebih ketara dipamerkan pada sesi New York hingga mencecah sekitar 2730.00.
Isyarat bearish buat emas apabila harga mula bertukar arah dan bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Harga mendatar perlahan di paras sekitar 2740.00 pada sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan penurunan perlahan dilihat pada awal sesi Eropah.
Penurunan harga yang diteruskan dilihat akan menuju paras sekitar 2720.00 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Tembus lebih rendah akan menjangkakan kejatuhan lebih parah emas dengan sasaran beralih kepada zon tumpuan 2670.00 sebelum ini.
Namun jika harga berjaya melantun memulih semula, paras 2770.00 adalah rintangan penting untuk harga uji.
Melepasi rintangan itu juga halangan MA50 akan kembali memberi isyarat perubahan trend bullish semula untuk emas sebelum memburu rekod tertinggi terbaru.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.