Bermulanya acara angkat sumpah Donald Trump di White sebagai Presiden pada awal minggu ini, US dolar telah memaparkan corak dagangan yang suram sehingga menuju ke penghujung minggu.
Situasi ini telah memberi ruang untuk emas turut didagangkan cemerlang mencapai paras ketinggian terbaru 3 bulan.
Pelabur emas juga sedang menilai situasi pasaran berkaitan polisi pentadbiran Presiden Trump ke atas pasaran komoditi.
Jika dinilai pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mencapai paras 2763.00 pada Rabu lalu.
Pada Khamis semalam, harga susut sedikit sebelum melantun dari paras 2740.00 untuk melanjutkan kembali corak kenaikan menuju penghujung sesi New York.
Lonjakan diteruskan di sesi Asia pagi ini (Jumaat) melepasi paras sasaran pada 2770.00 untuk rekod ketinggian terbaru 12 minggu dicatatkan sekitar 2778.00.
Harga yang kekal bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu masih menunjukkan isyarat bullish buat emas.
Namun, pelabur akan berhati-hati untuk dagangan di sesi-sesi penghujung minggu ini dengan kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung yang boleh mencetuskan pembalikan harga.
Jika harga masih berjaya melanjutkan peningkatannya, paras 2800.00 pula akan jadi sasaran untuk dicapai.
Namun harga perlu mengatasi dahulu ketinggian 2790.00 yang dicatatkan pada Oktober 2024 yang merupakan rekod tertinggi harga emas sepanjang masa.
Sebaliknya jika harga menunjukkan penurunan semula di bawah 2770.00, zon RBS (resistance become support) pada 2720.00 dilihat bakal dihampiri semula.
Jika harga tembus ke bawah zon itu, penurunan lebih rendah akan dilanjutkan dengan sasaran beralih kepada 2670.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.