Pada 2 April 2025, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik terhadap produk dari 90 buah negara.
Malaysia turut terkesan, meskipun diberikan penangguhan selama 90 hari kecuali China yang dikenakan tarif 145%.
Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) melihat penangguhan ini, sebagai peluang kritikal untuk kerajaan bertindak melindungi sektor perindustrian negara.
FMM mencadangkan empat langkah utama, mendepani perang tarif Trump.
Langkah pertama, pelaksanaan bantuan bersasar dengan meneruskan sokongan kepada sektor elektrik, getah dan jentera industri yang bergantung kepada rantaian bekalan AS.
Selain itu, kerajaan perlu menubuhkan Majlis Rangkaian Bekalan Kebangsaan, untuk mengenal pasti kelemahan dalam tenaga kerja.
Seterusnya, peranan ASEAN dengan Malaysia perlu gunakan kedudukan sebagai pengerusi ASEAN, untuk mengusulkan penubuhan majlis serantau.
Langkah terakhir, Malaysia perlu mewujudkan perlindungan proaktif eksport sebagai langkah berjaga-jaga, dan memberikan perlindungan ke atas destinasi eksport utama.
Secara kesimpulan, FMM yakin dengan langkah strategik ini, sektor pembuatan Malaysia mampu kekal berdaya saing dalam rantaian bekalan global dan berkemampuan mengatasi tarif perdagangan Trump.