Arab saudi kini telah membuka ruang kepada syarikat asing untuk melabur di kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah.
Keputusan ini bertujuan untuk membawa masuk lebih ramai pelabur, menjadikan pasaran berfungsi dengan lebih baik dan membantu Arab Saudi bersaing dengan negara lain.
Walau bagaimanapun, pelabur asing hanya dibenarkan untuk melabur sebanyak 49% sahaja dalam saham syarikat hartanah yang tersenarai atau instrumen hutang boleh tukar.
Langkah ini menunjukkan usaha Arab Saudi dalam mempelbagaikan pendapatan mereka selain daripada industri minyak.
Sektor umrah dan haji telah menyumbang sebanyak $12 juta kepada Arab Saudi pada tahun 2019.
Namun, dengan dasar baru yang dibuat oleh kerajaan tersebut, orang bukan Islam masih lagi dilarang dari memasuki dua kota tersebut.