Bank pusat Turkiye sekali lagi memotong kadar faedah sebanyak 2.5% kepada 42.5%, dengan harapan inflasi negara tersebut bakal menurun dan menunjukkan satu gambaran optimistik.
Data rasmi mendakwa inflasi turun ke 39.1%, terendah dalam dua tahun.
Namun, ramai mendakwa ia sekadar angka publisiti untuk menyembunyikan realiti sebenar.
Ahli ekonomi mendakwa kadar inflasi sebenar jauh lebih tinggi, menambah lagi keraguan rakyat terhadap angka kerajaan.
Sementara itu, pengkritik menyalahkan dasar kadar rendah Erdogan sebelum ini yang didakwa memburukkan lagi krisis ekonomi.
Kini kadar faedah kembali menurun, persoalan besar pun timbul – Adakah Turkiye benar-benar menang melawan inflasi, atau hanya mencipta krisis baru?