Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengeluarkan ugutan keras kepada Hamas iaitu bebaskan semua tebusan Israel sebelum tengah hari Sabtu, atau gencatan senjata batal dan neraka akan menyala.
Beliau memberi amaran, tebusan tidak boleh dibebaskan ‘secara sedikit demi sedikit’ dan mendesak pembebasan serentak atau bersedia untuk akibatnya.
Trump turut mengancam untuk menghalang bantuan AS kepada Jordan dan Mesir jika mereka menolak cadangannya untuk memindahkan pelarian Palestin ke negara tersebut.
Ketika ditanya mengenai tindakan lanjut jika Hamas enggan menurut, Trump menegaskan bahawa tindak balas akan diberikan dan Hamas akan merasai kesannya.
Kenyataan ini muncul selepas Hamas menangguhkan pembebasan tebusan atas dakwaan Israel melanggar syarat gencatan senjata.
Israel kini sedang menyiapkan tenteranya untuk tindakan balas kepada Hamas sementara protes meletus di Tel Aviv menuntut kepulangan segera tebusan.
Dengan gencatan senjata di hujung tanduk, Israel bersedia bertindak, protes di Tel Aviv semakin membara, dan ancaman Trump hanya menambah minyak ke api konflik Gaza.