Pejamkan mata, bayangkan Gucci yang murah macam beli dekat pasar malam!
Menghadapi tarif Trump memerlukan strategi tahap Sang Kancil — cepat, licik, dan kelakar.
Begitulah China, yang kini membuat keputusan untuk memotong terus peranan peruncit Amerika dan terus masuk ke ‘feed’ TikTok rakyat Amerika.
Trend yang makin tular ini menyaksikan pemilik kilang di China menjual produk secara terus atau ‘live’ ke pengguna, termasuk beg dan kasut yang didakwa dibuat untuk jenama mewah seperti Louis Vuitton dan Gucci.
“Kenapa nak bayar lebih kalau boleh beli terus dari kilang?”
Soalan yang diulang-ulang oleh TikToker ini cukup menggoda hati pembeli tidak kira lelaki mahupun wanita sampai peniaga Amerika mula gigit kuku sendiri.
Langkau jenama, langkau peruncit, dapat gaya mewah pada harga kilang – siapa boleh tolak?
Tapi ada satu halangan — Trump baru saja mansuhkan peraturan ‘de minimis’, bermakna pesanan kecil juga kini dikenakan cukai import.
Namun, pakar menjangka pihak paling terkesan bukanlah China, tapi perniagaan kecil di AS sendiri.
Dalam perang biasa, yang kuat menang. Tapi dalam perang dagang, yang kuat main TikTok menang!