Trump tak hulur satu sen pun tapi hulur ugutan?
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mencetus kontroversi apabila mengugut syarikat pengeluar cip terbesar dunia milik Taiwan, TSMC, supaya membina kilang di AS atau berdepan cukai setinggi 100%.
Ugutan ini dianggap sebagai satu tekanan luar biasa terhadap ekonomi Taiwan.
Lebih kelakarnya adalah kenyataan Trump yang berkata beliau tidak akan memberi satu sen pun kepada TSMC, cukup sekadar ugutan manis — sama ada ikut cakap atau bersedia bayar mahal.
Perbincangan? Apa tu?
Sementara itu, Taiwan pula terpaksa berhempas pulas merayu agar dapat mengelak tarif 32% ke atas produknya.
Kerajaan Taiwan menawarkan untuk menambah pelaburan dan pembelian dari AS serta mengekalkan tarif sifar ke atas barangan Amerika.
Malangnya, pasaran saham Taiwan tetap jatuh bergolek, memaksa kerajaan mengaktifkan dana stabilisasi bernilai $15 bilion bagi memulihkan keyakinan pelabur.
Lebih menyesakkan, TSMC juga berdepan risiko denda lebih $1 bilion kerana cip keluarannya dipercayai sampai ke Huawei.
Saham Foxconn menjunam 4%, manakala TSMC terus senyap – mungkin tengah kira bajet untuk pelaburan tambahan $100 bilion yang dijanjikan di Amerika.