Mimpi ngeri para pelabur mata wang kripto, Bitcoin bermula apabila mata wang digital itu terbantut selepas perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump pada hari Khamis, semalam, mengenai aset digital yang dinanti-nantikan tidak memenuhi harapan pasaran.
Perintah yang menggariskan rancangan untuk menilai potensi “simpanan kripto” kerajaan, pada awalnya mencetuskan optimisme, mendorong Bitcoin naik 2.7% kepada $106,850.
Namun, momentum itu malap apabila butiran perintah tersebut jelas menunjukkan bahawa ia hanya bertujuan untuk menilai konsep tersebut, tanpa langkah konkrit ke arah rizab Bitcoin.
Akibatnya, harga Bitcoin mulai susut kurang daripada 1%.
Zaheer Ebtikar, pengasas Split Capital, menegaskan bahawa apa yang diinginkan oleh kripto Twitter adalah satu tindakan berani untuk membeli, tetapi apa yang mereka dapat hanyalah sebuah birokrasi yang nyata.
Lebih mengecewakan lagi adalah apabila sebuah hantaran daripada Senator Cynthia Lummis mengesahkan pelantikannya sebagai pengerusi subkomiti aset digital tetapi tidak membawa sebarang berita mahupun kejutan baharu.
Buat masa ini, peminat Bitcoin hanya mampu tertanya-tanya, bilakah kerajaan Amerika Syarikat akan benar-benar bertindak dan meletakkan wang mereka pada blockchain?