Blue Origin, syarikat aeroangkasa milik Jeff Bezos, mengumumkan pemecatan 10% tenaga kerja, kira-kira 1,400 pekerja, dalam langkah penstrukturan semula besar-besaran.
CEO Dave Limp menyampaikan berita itu dalam sebuah panggilan tergempar selama 10 minit, mengakui bahawa syarikat perlu melakukan perubahan drastik untuk memastikan kejayaannya dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Langkah ini diambil ketika Blue Origin sedang merangka untuk mempercepat pengeluaran roket New Glenn, yang dijangka menjadi pesaing utama kepada Falcon 9 milik Elon Musk.
Dengan persaingan semakin sengit, syarikat mahu membina budaya kerja yang lebih efisien, tangkas dan berorientasikan pelanggan.
Namun, di sebalik desakan untuk bergerak lebih pantas, suasana dalaman syarikat dikatakan menjadi semakin tegang.
Beberapa pekerja mendakwa prestasi syarikat yang semakin merudum dengan ramai yang mula mencari peluang di tempat lain tidak kira sama ada mereka terselamat daripada pemecatan ini atau tidak.
Adakah pemecatan ini strategi pemulihan atau petanda Blue Origin sudah retak sebelum berlepas?