Dahulu menteri kata harga ayam naik makanlah telur, sekarang?
Di saat dunia masih bergelut dengan tekanan ekonomi global, rakyat Malaysia bakal menghadapi satu lagi perubahan apabila kerajaan mengumumkan pemotongan subsidi telur sebanyak separuh mulai esok.
Harga dijangka naik sekitar 3 sen untuk semua gred – satu kenaikan yang kecil, tapi cukup terasa bagi sesetengah isi rumah.
Dan harga tersebut akan terus meningkat kerana subsidi tersebut akan terus juga dipotong sehingga subsidi telur pupus menjelang 1 Ogos.
Kerajaan yakin keputusan ini wajar diambil kerana kos pengeluaran telur dah stabil dan bekalan Raya Aidilfitri yang mencukupi.
Tapi siapa yang akan jamin harga kekal lepas subsidi ditarik?
Sebagai langkah mitigasi, kerajaan akan memperkenalkan “gred khas telur mampu milik” untuk meredakan kesan potongan subsidi dan meneruskan Jualan Agro Madani serta Rahmah.
Sejak 2022, hampir RM2.5 bilion sudah dibelanjakan untuk menampung subsidi telur.
Kini, kerajaan menyatakan subdidi tersebut sebagai langkah yang tidak mampan dan rasionalisasi subsidi adalah perlu demi kestabilan fiskal dan ketelusan bantuan – terutama bila golongan kaya dan warga asing pun tumpang subsidi.
Dana hasil penjimatan akan disalurkan ke projek lain yang lebih ‘bermakna’, menurut aspirasi Madani.
Namun persoalannya, adakah berbaloi untuk tarik subsidi satu-satunya lauk yang mampu untuk golongan B40 hanya kerana ia juga diambil oleh golongan kaya dan warga asing?
Dalam masa rakyat makin tertekan dengan kenaikan harga barang, semakin ramai mencari jalan untuk tambah pendapatan.
Di dunia saham dan trading, satu keputusan bijak boleh ubah hidup. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. KLIK LINK UNTUK MULA BERSAMA H24H!