Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu lalu terbantut pada pergerakan Selasa semalam ketika pelabur berhati-hati menjelang data-data ekonomi penting yang bakal diterbitkan.
Harga bergerak mendatar sepanjang semalam di paras 1.34000 yang menjadi zon rintangan buat harga selepas kenaikan di awal minggu berjaya sedikit melepasinya.
US dolar didagangkan lemah di awal minggu, namun mula mendatar dan tidak menunjukkan reaksi ketara walaupun data pekerjaan JOLTS hadir dengan bacaan merosot di sesi New York semalam.
Situasi mungkin berbeza di sesi New York malam ini dengan tumpuan terhadap data pekerjaan ADP, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS suku pertama 2025 dan indeks harga PCE.
Dagangan harga yang perlahan bersambung ke sesi Asia pagi ini kekal bergerak di sekitar paras 1.34000 dan mula menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Sekiranya mampu harga meneruskan kembali corak kenaikan seperti di awal minggu, dari zon 1.34000 harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 3 tahun selepas mengatasi paras dagangan minggu lalu.
Sasaran untuk kenaikan harga seterusnya adalah menuju pada sekitar ketinggian 1.35000 yang dilihat akan menjadi zon tumpuan terbaru.
Namun jika harga yang mendatar pada 1.34000 kemudiannya menjunam selepas ini, zon sokongan harga pada 1.33000 akan diuji untuk mengekang kejatuhan lebih rendah.
Jika gagal melantunkan kembali harga naik, isyarat bearish lebih jelas buat harga akan mendorong tekanan ke paras lebih rendah menuju zon tumpuan sebelum ini pada 1.32000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK