Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, dijangka akan berjumpa dengan Presiden Trump di White House pada Khamis, namun butiran lanjut mengenai perjumpaan tersebut tidak didedahkan.
Cook dilihat ingin menjaga hubungan baik dengan Trump terutama apabila Apple dijangka menerima kesan daripada perang perdagangan antara AS-China.
Cukai 10% ke atas produk dari China mungkin menjadikan iPhone lebih mahal, dan China juga sedang memikirkan tentang menyemak peraturan dan caj Apple untuk gedung aplikasinya, yang boleh membawa kepada peraturan yang lebih ketat dan kos yang lebih tinggi untuk syarikat itu.
Sebelum ini Cook berjaya meyakinkan Trump untuk beri pengecualian tarif terhadap produk Apple.
Berbeza untuk kali ini, Trump dilihat tidak mahu membuat pengecualian memandangkan terdapat perbezaan pendapat antara Cook dan Trump berkenaan privasi.
Menurut Trump, Apple harus membenarkan penguatkuasa undang-undang mengakses telefon terkunci, tetapi Apple tidak bersetuju kerana boleh menyebabkan pengguna berisiko digodam dan pelanggaran data.
Walau bagaimanapun, Cook menegaskan bahawa dbeliau mahu bekerjasama dengan kerajaan.