22,000 pekerja mungkin bakal keluar pejabat buat kali terakhir minggu ini bukan kerana gagal bekerja, tapi kerana Intel mahu ‘reset’ secara total syarikatnya.
Langkah ini dijangka jadi pembuangan staf paling besar dalam sejarah Intel, dengan lebih 20% daripada tenaga kerja dihentikan.
Tapi ini bukan sekadar langkah jimat kos. Ini adalah pembedahan kecemasan oleh CEO baharu, Lip-Bu Tan, yang hanya baru dua bulan duduk di kerusi CEO dan dah pun mula ‘flip the board’.
Intel yang satu ketika dahulu sinonim dengan “Intel Inside”, kini di luar radar persaingan teknologi yang jauh ketinggalan di belakang Nvidia, AMD, dan TSMC dalam dunia AI.
GPU mereka yang kononnya penyelamat, Falcon Shores, senyap-senyap disimpan untuk ujian dalaman.
Produk tak jadi, bakat kejuruteraan lari, dan yang tinggal? Birokrasi serta fail PowerPoint.
Minggu lalu, Tan bergerak laju dengan menjual 51% pegangan dalam unit cip Altera kepada Silver Lake pada harga $8.75 bilion.
Dan kini, satu demi satu jabatan ‘bukan kejuruteraan’ seperti HR dan pemasaran sedang dipangkas.
Intel juga dikatakan dalam rundingan sulit dengan musuh lama, TSMC untuk membentuk usaha sama. Dulu musuh, kini mungkin penyelamat.
Tan nampaknya sangat tekad untuk membina semula dari syarikat itu dari kosong – budaya “engineering-first”, organisasi yang ‘flat’, dan misi yang jelas.
Persoalannya, adakah CPR ini datang tepat pada masa… atau sebenarnya Intel sudah lama mati, cuma belum ditanam?