Momentum positif dalam pasaran saham sebabkan Wall Street Amerika Syarikat (AS) tidak menunjukkan reaksi yang ketara pada Rabu di mana pelabur dilihat tidak membuat keputusan yang drastik pada ketika ini.
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai dasar perdagangan Donald Trump dan amaran Rizab Persekutuan (Fed) tentang kemungkinan kenaikan kadar faedah, dilihat tidak menjadi kebimbangan pelabur.
Namun, pasaran kekal stabil, sebahagiannya disebabkan kemungkinan perang antara Rusia dan Ukraine yang bakal tamat.
Pasaran Eropah dijangka akan menerima kesan positif sekiranya perang tersebut tamat, kerana kestabilan di rantau itu akan meningkatkan keyakinan perniagaan.
Beralih ke laporan pendapatan, walaupun laporan pendapatan yang dilaporkan adalah lebih baik daripada jangkaan, saham Arista Networks masih jatuh sebanyak 5%. Situasi ini mungkin didorong oleh pelabur yang menjangkakan keputusan yang lebih kukuh atau mempunyai kebimbangan tentang prestasi masa depan.
Saham Bumble juga menjunam 17% kerana prospek syarikat untuk suku seterusnya lebih lemah daripada jangkaan, membuatkan pelabur bimbang tentang pertumbuhan di masa depan.
Pada Selasa, S&P 500 meningkat 0.24%, Dow naik 0.02%, manakala Nasdaq menambah 0.07%.
Keyakinan pelabur terhadap sektor berkaitan minyak, sumber asli dan perkhidmatan penting seperti elektrik dan air menyokong kebanyakan sektor dalam S&P 500 berakhir lebih tinggi, dengan tenaga, bahan dan utiliti menyaksikan keuntungan terbesar.